Saturday, May 23, 2009

Cupcakes Deco - Birthday Flag

Salam to all...

Saja Sai nak share this...

Bila tiba majlis birthday anak-anak, kita selalu teruja nak buat kek atau cupcake yang dihias dengan gambar cartoon kegemaran anak tersebut kan? Macam yang selalu kawan2 tempah cake atau cupcake dari Sai, ada yang nak gambar Naruto, Spiderman, Barbie, Spongebob dan banyak lagi lah...

Bagi ibu2 yang minat nak buat kek sendiri, tapi tak nak hias gambar2 cartoon tu, actually ada cara mudah guna edible image yang banyak dijual di kedai2 kek. Macam2 cartoon boleh dapat. Tapi kalau tak dapat nak cari edible image tu, dan ada printer kat rumah, bolehlah buat cara macam yang Sai pernah buat untuk Momoi's niece birthday ni...

Mudah dan boleh design ikut kreativiti dan suka masing2... boleh letak gambar dll... Bolehlah kalau nak buat kelainan sikit...

Ok, let's look pada bahan2 yang diperlukan...

1) Home baked cupcakes atau beli jer cupcake kosong dari kedai then letak simple buttercream, atau tempah simple cupcakes dari kawan2, tak payah minta hias so boleh dapat murah...

2) Print design yang kita kehendaki,, ikut sukalah, buat dalam saiz mini, actually design sekali jer, lepas tu copy banyak2, atau print guna multiple print, yang dalam saiz A4 tapi boleh print banyak, i.e contoh klu print business cards.

3) lidi pendek a.k.a kayu pencungkil gigi.

4) Gam kertas (jenis glue stick better)

5) Gam UHU (yang jenis cair dalam tiub kecil)

CARA: Kertas yang dah di potong-potong, yang ada design tu, dilipat dua, kalau boleh dapat both side ada design. Letak gam kertas di permukaan kertas bahagian dalam, sedikit gam cair sebahagian kayu, Then, letak kayu di bahagian tengah, lekatkan bahagian kayu, then baru lekatkan bahagian kertas.

Tada... dah kira siap lah ni... tinggal lagi nak cucuk dekat cupcake tu...

Optionally:- boleh buat design besar, like mini banner, untuk cucuk atas kek, instead of cupcake...

Selamat mencuba...

Monday, May 18, 2009

Ready-made cards- insert technique

Salam sejahtera all,

Agak lama juga since my last posting, in fact, quite busy lately, tapi hati bagai terpanggil2 nak publish juga cara2 nak buat kad guna ready-made ni. gambar kad di bawah ni yang pernah Sai buat untuk kawan sekerja Sai, Ruslan sedikit masa lalu.

Untuk buat ni, first kena cari @ atau beli dulu kad yg ready made, actually ada banyak juga di pasaran, dan kalau kena tempatnya boleh dapat kad yang nampak cam simple, tapi classy. Kalau macam di KK area ni, selalu ada di kedai2 stationery supplier. Tapi kalau di KL, I think ada banyak tempat dan senang cari rasanya. Klu nak lagi mudah, search kad internet, ada yang dijual online juga.

Secondly, bila dah ada kad tu, gunalah kreativiti sendiri, nak guna kertas camana, design apa, untuk disesuaikan dengan kulit luar kad tu. Klu macam contoh kad ni, Sai guna tracing paper untuk matchkan dengan corak color silver di luar kad, then wordingnya print guna color dark blue, Sai pilih color yang paling hampir dengan color kad luar.

Optionally, kalau nak, boleh printkan nama kedua mempelai di kad luar tu. Tapi kalau nak nampak class, minta kedai printing buat teknik hot stamping atau embossed, yang selalu orang buat color gold atau silver tu... Selalunya tak juga mahal sangat, setakat 2 perkataan tu ja, tapi ikut jugalah kuantiti lagi banyak lagi murah. Sai pernah buat dulu untuk wedding my friend, Ryan, macam murah juga, rasanya di KL lagi murah kot.

Tadaa.....

dah siap pun....

Harap posting kali ni dapat membantu kepada mereka2 yang pernah bertanya soalan tentang kad ni sebelum ni...
salam,
sai...

Tuesday, December 9, 2008

Hand-made Wedding Card

Assalammualaikum all...

Selain dari kad Jendela Hati yang sebelum ni, ada satu jenis lagi kad kahwin yang Sai buat. Kali ni untuk kawan sekerja Sai, Ruslan dengan pasangannya Rusmah. Lan order tak banyak, dalam 150 keping. Actually, Sai sendiri tak nak kalau banyak sangat. Kebetulan masa dia bertanya tu, Sai sedang siapkan kad untuk Fauziah, lagipun tarikh kahwin Lan pun dah nak dekat.


Kad ni jenis yang berlapis di antara kad dengan tracing paper bercorak/berbunga. Lepas tu ikat kedua-dua lapisan tadi dengan tali sebagai hiasan.

Seperti biasa, sudilah kiranya melihat-lihat kad Sai ni. Mana-mana blogger atau reader yang sama minat, dipersilakan kalau ada komen, ok ke tak. Sai nak juga tau mana-mana yang terkurang.

By the way, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Ruslan dan Rusmah yang telah selamat diijabkabulkan pada hari sabtu yang lepas. Selamat pengantin baru, dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.

Tu ja lah... Chao!

Wedding Card: Jendela Hati with Organza Ribbon

Salam...

Ni salah satu kad kahwin yang Sai buat baru-baru ni. Bakal pengantinnya adalah Cik Fauziah dari Sandakan dengan tunangnya En. Mohd Noor Kizam. Fauziah order dalam 200 keping, 100 dah ambil hari tu, ada tinggal balance dengan Sai masih belum kena collect. In fact, tarikh kahwinnya belum betul2 ditetapkan, tapi yang pastinya memang dalam masa terdekat ni. Kalau tak Disember mungkin Januari kot.

Mereka pilih yang style Jendela Hati punya kad. Actually it's a combination of two card's styles. Fauziah nak yang jenis Jendela Hati, tapi nak reben yang macam dalam koleksi Simpulan Kasih. So letak reben organza di luar, then ikat simpul jadi cam reben. Sebenarnya ikatan reben ni yang dikatakan simbolik kepada ikatan kasih yang tersimpul di antara kedua mempelai.

Tengok-tengoklah kad ni. Ok tak?

Friday, November 28, 2008

Bulan Disember, Bulan Orang Kahwin

Salam buat semua...
Lama juga tak update blog ni. I am still around, cumanya agak busy nak luangkan masa dengan my baby Wani. She is coming 4 months old this Dec 3rd. Sebagai ibu yang bekerja, waktu malam dan weekend je lah dapat bersama anak.

Tapi dalam pada tu, sempat jugalah ambil tempahan buat kek sikit-sikit. Dan menyempat juga buat 2 jenis kad kahwin. Maklum ja lah, bulan disember ni kan bulan paling popular untuk orang buat kenduri kahwin. Kad-kad yang Sai tengah buat tu, masih dalam proses. Satu dah nak siap while the other one baru dalam proses buat sampel. Nanti kalau dah betul-betul siap, baru Sai publish kat dalam blog ni. Takdelah banyak sangat, satu tu dalam 200 keping dan satu design lagi 150 keping ja. Memang Sai lebih suka buat sikit-sikit. Kalau terlampau banyak, tak larat pula. Setakat buat untuk suka-suka je...

Will publish the cards yang sedang dalam proses tu... soon... tungguu...

Tuesday, June 10, 2008

Birthday Party Invitation Card

Salam sejahtera semua.

Majlis Hari Jadi! Siapa yang lebih teruja kalau bukan kanak-kanak? Kebanyakan ibubapa mahukan majlis yang meriah untuk meraikan harijadi anak mereka. Terbayang kemeriahan dengan keseronokan yang semestinya lebih sinonim dengan kanak2. Hiruk pikuk, hilai tawa,.. just imagine...

Baru-baru ni seorang rakan sepejabat Sai, Momoi menyatakan hasrat untuk membuat majlis harijadi ke-3 tahun untuk anaknya. Bila dengar macam2 aktiviti yang dirancang, sekali dengan kehadiran badut (clown) Sai bayangkan, tentu seronok hari tu. Dan secara tiba-tiba, datang ilham nak buatkan kad jemputan untuknya.... Hehehe... tentu seronok majlis tu nanti, dan macammana nak sampaikan mesej kepada tetamu, kawan-kawan yang diundang untuk sama-sama memeriahkannya?

Ni lah kad jemputan yang Sai buat untuk Aiesya @ Aie, the birthday girl...

Okay,.. bahan2 yang diperlukan....

1) Kertas jenis Fancy card
2) kertas ucapan/ jemputan yang telah siap dicetak
3) reben
4) Paper puncher (untuk buat lubang)
5) gunting
6) gunting bercorak
6) gam (jika perlu)

Cara-caranya senang saja... mula-mula fancy card saiz A4, dipotong dua untuk mendapatkan 2 keping kad saiz B5. Kemudian kad tersebut dilipat dua. Lepas tu, kertas ucapan/ jemputan yang sedia bercetak, digunting kecil sedikit dari saiz kad tadi. Gunting bahagian tepi dengan gunting bercorak untuk mendapatkan corak yang digemari. Sediakn 2 kertas bercetak, satu untuk bahagian depan (contoh: tajuk, gambar, dll) dan bahagian belakang (contoh: teks jemputan dan detail majlis). Then, buatkan 2 lubang dengan menggunakan puncher, Ikat dengan reben pada lubang tadi sekali dengan kad, dan 2 keping kertas jemputan di kedua-dua belah. tada.... dah siap...

Bahagian depan: Aie dengan kek Dora the explorer, (cartoon kegemarannya)

Aie's card (front side) : IT'S AIE'S 3RD BIRTHDAY PARTY

Bahagian belakang: Teks jemputan, detail untuk majlis.

Aie's card (other side): You're Invited. BOY the Clown with balloons, Cakes and Games in the afternoon, It's Aie's birthday party, See you soon? Lepas tu detail (date, time, venue & RSVP)



Bahagian dalam (inside): boleh lekat peta lokasi jika perlu.





Dah siap pun.. tak banyak dalam 20 keping ja, untuk kawan2 dan keluarga rapat...

Oppss.. hampir terlupa nak bagitau... Jangan lupa sediakan envelope putihnya...

SELAMAT MENCUBA :)

Monday, May 19, 2008

Hand-Made Cards (Cara Membuat Tempahan)

Salam sejahtera untuk semua.
Sai merasa berbesar hati kerana baru-baru ni ada pembaca blog (thanks to Izzatul) yang berminat dengan kad-kad Sai yang Sai postkan di blog ini.
Untuk makluman blogger dan reader yang lain, selain nak berkongsi hand-made cards, dan lain-lain kraftangan di sini, Sai juga bersedia menerima tempahan kad kahwin. Kad2 yang Sai hasilkan adalah jenis yang hand-made dan custom made. In fact, Sai suka nak buat kad mengikut kepada kehendak, citarasa dan budget pelanggan itu sendiri. Kad yang ada di sini hanya sebagai contoh, so boleh customised ikut style dan citarasa you all. Sai suka nak buat kad yang unik dan lain dari yang sedia ada di pasaran (ready-made).
Bagi sesiapa yang berminat, silalah tengok2 koleksi kad Sai, kalau ada yang berkenan bolehlah email Sai di saiyazs@gmail.com atau sms ke handphone Sai 019-8206647, Sai sedia mengirimkan sampel percuma kepada mereka yang betul2 berminat dan tinggal area yg berdekatan.